Wednesday 21 December 2011

TONY JAA dalam KL gangster?


Sebagai sebuah filem berjaya di Malaysia, tidak hairanlah "KL Gangster" akan membuat sebuah lagi filem "KL Gangster 2", yang dikatakan akan dibintangi oleh pelakon "Ong Bak", Tony Jaa.

Dipetik dari Berita Harian, selepas filem pertama "KL Gangster" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM11.7 juta selepas ditayangkan di 60 buah pawagam diseluruh negara, penerbit filem Skop Production, Datuk Yusuf Haslam baru-baru ini telah mengumumkan bajet filem terbarunya itu yang dijangkakan menelan belanja lebih RM3 juta.

Namum filem "KL Gangster 2" ini bukanlah filem sekuel tetapi prekuel kerana ia mengisahkan kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama.
Dikatakan pelakon yang akan membintangi filem kedua ini akan menggunakan pelakon asal dalam "KL Gangster", antaranya Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar, Zizan dan turut akan menampilkan pelakon lelaki terbaik, Rosyam Nor.

Dan lebih mengejutkan apabila pengarah muda, Syamsul Yusuf dikatakan akan turut mengundang pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa, bintang hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem "Ong Bak".

1 comment: