Monday 19 December 2011

FILEM : "HANTU GANGSTER"





bukan hanya ada filem Bini-bini ku gangster @ KL gangster.Hantu Gangster pun ada,filem HANTU  GANGSTER ini merupakan sebuah filem arahan kedua Namawee selepas filem pertama nya iaitu Nasi Lemak 2.0 yang mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dengan kutipan sebanyak 7 juta.

Filem Hantu Gangster terbitan Fred Chong ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan vokalis kumpulan Hujan iaitu NOH yang merupakan penampilan pertamanya berlakon di layar perak.

Namawee berkata beliau begitu teruja dan tidak sabar untuk berkerjasama dengan vokalis kumpulan Hujan itu dan beranggapan ianya adalah satu penghargaan kepada beliau kerana Noh sudi menerima tawaran untuk berlakon filem ini.

ujar nya lagi beliau begitu kagum dengan kehebatan muzik kumpulan Hujan itu dan percaya orang ramai pasti menantikan lakonan pertama Noh dilayar perak.

Filem seram komedi ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gangster dari latarbelakang budaya yang berbeza,berganding bahu dalam mempertahankan keluarga mereka melalui bantuan seorang pencuri.filem ini banyak menerapkan mesej yang positif dan menpunyai elemen pelbagai kaum di malaysia sama seperti filem-filem beliau yang sebelum nya.
Kumpulan hujan turut dikatakan bakal menyumbang sebuah lagu untuk dijadikan lagu tema dalam filem ini.

Hantu gangster yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos 2012 dan bakal di calonkan dalam FFM.

No comments:

Post a Comment