Tuesday 20 December 2011

kereta bersenjata untuk beyonce



Rapper terkenal Jay-Z nampaknya ingin memberikan perlindungan yang sangat ketat untuk keluargannya terutama sekali pada sang Isteri Beyonce Knowles, yang sedang hamil anak pertama mereka.

Sepertinya dilaporkan dalam Showbiz Spy, penyayi 'Empire State of Mine' itu ingin membeli sebuah kenderaan yang dilengkapi senjata untuk melindungi keluarganya.

Jay-Z juga dikatakan telah meminta nasihat dari pelakon "Mission Impossible 4" Tom Cruise untuk memilih kendaraan tersebut.
"Jay-Z sedang mencari kendaraan seperti dalam filem action yang dibintangi Tom Cruise, dan ingin memastikan kendaraan tersebut anti peluru dan 100 peratus aman," ujar sumber terdekat Jay-Z.

Rapper berusia 42 tahun itu juga berkesempatan untuk pergi ke beberapa lokasi bersama Beyonce untuk mencari rumah baru. Jay-Z yang dinobatkan sebagai 'rapper' terkaya itu bersedia mengeluarkan seberapa banyak wang demi menjaga keselamatan dan keamanan isterinya dan calon bayi mereka.

"Jay-Z pernah berkata pada Beyonce, meskipun rumah impiannya berharga US$ 24 juta, dia akan membelinya. Jay-Z melihatnya sebagai ucapan terima kasih kerana impiannya untuk menjadi seorang ayah menjadi kenyataan" ujarnya.

No comments:

Post a Comment