Thursday 15 December 2011

Konsert : XPDC reunion 2012



Kumpulan heavy metal Malaysia, XPDC, sedang merancang untuk mengadakan konsert reunion yang melibatkan kesemua bekas ahli dan terkini XPDC.

Dipetik daripada Berita Harian, Mael yang juga vokalis XPDC memberitahu perancangan untuk mengadakan konsert tersebut sudah dijadualkan pada tahun depan bermula dari Singapura tetapi masih belum apa-apa yang dilaksanakan.

"Atas idea penganjur di Singapura, InsyaAllah kami akan mengadakannya pada Januari tahun hadapan di sana sebelum membuat siri jelajah di Semenanjung Malaysia jika ada masa dan lokasi bersesuaian," ujarnya.
Jelasnya lagi, mereka pada mulanya ingin membuat kejutan kepada peminat mereka tentang gabungan ini tetapi penganjur Konsert Loudspeaker 2011, Red Garage Group Sdn. Bhd lebih awal mengetahuinya tentang ini.

Pada masa yang sama, bekas vokalis XPDC, Ali memberitahu walaupun sudah bergerak solo, dia masih ingin membuat persembahan bersama kumpulan itu.
XPDC akan beraksi di Konsert Loudspeaker pada 25 Disember 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpu

No comments:

Post a Comment