Thursday 15 December 2011

DRAMA : Vanilla Coklat slot terbaru Lestari TV3



Selepas "Cinta Elysa" berjaya mendapat purata rating sebanyak 3.5 juta penonton setiap minggu sepanjang tempoh tayangannya sehingga episod terakhirnya pada 13 Disember lalu, kini "Vanilla Coklat" bakal menyusul di slot Lestary di saluran TV3 bermula 20 Disember akan datang.

Drama bersiri romantik komedi yang diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe ini menggandingkan Izara Aishah dan Aiman Hakim Ridza daripada rancangan televisyen realiti "Mentor 5" sebagai peneraju utama.
"Vanilla Coklat" mengisahkan seorang gadis berusia 19 tahun bernama Zara (Izara Aishah) dan jejaka berusia 20 tahun, Aamir (Aiman Hakim Ridza) yang menuntut di kolej sama telah dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya walaupun saling membenci antara satu sama lain. Tambahan pula Zara mempunyai seorang kekasih yang dikenalinya sejak sekolah menengah, manakala Aamir pula dikatakan seorang kaki perempuan.

Diterbitkan dan skrip ditulis oleh Asia Media Content, "Vanilla Coklat" turut membarisi pelakon Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Oleh itu jangan lupa saksikan "Vanilla Coklat" pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 20 Disember 2011 di TV3. Kepada yang ketinggalan, anda boleh menontonnya melalui laman sesawang www.tonton.com.my

No comments:

Post a Comment