Friday 16 December 2011

KONSERT : Raja & Ratu rock malaysia 1 pentas






Syarikat Produksi Tall Order Production milik pelakon,pengarah & penerbit terkenal iaitu Hans Isaac akan membuka tirai 2012 dengan mengadakan konsert RAJA & RATU ROCK MALAYSIA yang mengandingkan Awie & Ella di atas 1 pentas.


Selepas kejayaan mengadakan "Lat kampung boy the musical" & "Cuci the musical" Hans sekali lagi menggunakan istana budaya sebagai lokasi & Awie sebagai taruhan,Tapi berlainan dengan sebelum ini iaitu berkonsepkan konsert.bintang rock terkenal Ella di gandingkan 1 pentas bersama dengan Awie kerana mereka adalah Legend Duo Rock Malaysia.



Bersetkan hutan dan dilengkapi dengan pencahayaan yang akan menghidupkan pentas Istana Budaya, konsert yang akan diadakan selama empat hari bermula 12 Januari 2012 akan mengimbau kembali zaman kegemilangan lagu-lagu hits mereka sepanjang karier.

Penonton akan turut menyaksikan Awie dan Ella berduet dalam beberapa buah lagu pilihan mereka antaranya seperti "Baldu Biru". Mereka dijadualkan akan mempersembahkan tujuh lagu setiap seorang daripada album solo masing-masing di bawah pengarah muzik konsert Edrie Hashim.

Sebanyak enam persembahan sahaja akan diadakan sepanjang empat hari Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Malaysia. Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM40, RM80, RM140, RM210, RM300, RM400 dan RM450 di laman web Ticket2uBiz. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi 03-4147 8600 atau untuk pakej korporat, hubungi Tall Order Production di talian 03-4253 2241 atau 03-4253 2271.



No comments:

Post a Comment