Wednesday 6 June 2012

Pelakon merantau warrior lamar kekasih



Penyanyi negara seberang, Audy Item kini merupakan insan paling gembira ketika ini kerana kekasihnya, Iko Uwais telah melamarnya di hadapan keluarganya.

"Alhamdulillah semalam keluarga Iko datang membuat lamaran kerana mahu menjadikan Audy sebagai menantu mereka," kata ibu Audy, Evie Aquanthie Aziz.

Menurut laporan daripada Wowkeren, walaupun lamaran tersebut dikatakan agak cepat kerana Audy dan Iko baru sahaja menjalinkan hubungan tidak sampai dua bulan lagi, namun Evie berasa sangat bersyukur kerana dia sudah menganggap aktor "The Raid" itu seperti anaknya sendiri.

"Kami masih lagi di Kuala Lumpur, tetapi keluarga Iko menghubungi kami untuk berjumpa. Jadi semalam dalam suasana kekeluargaan, Audy secara rasminya telah dilamar," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Audy yang ditemui ketika membuat majlis pelancaran album terbarunya di Kuala Lumpur baru-baru ini ada memberitahu dia akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan ini (Jun).

No comments:

Post a Comment