Sunday 3 June 2012

CINCIN hanya sebagai hadiah ulang tahun percintaan, bukan cincin tunang-DIANA DANIELLE


Aktres Diana Danielle menafikan sudah bertunang, selepas dilihat memakai sebentuk cincin emas putih bertahtakan sebutir berlian, dan memberitahu bahawa cincin tersebut adalah pemberian kekasih hatinya, Farid Kamil sebagai hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka sahaja.

"Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid ketika kami menyambut hari ulang tahun percintaan kami yang ketiga kami pada awal tahun ini.

"Jangan salah faham dengan pemberian cincin ini. Ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja," ujar Diana kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Aktres berusia 20 tahun ini yang ditemani Farid ketika tayangan perdana filem terbarunya, "Jiwa Taiko" di Cathay Cineplex, e@Curve baru-baru ini turut memberitahu hubungan mereka kini dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Kami memang merancang mahu berkahwin, tetapi masih belum dapat pastikan pada tahun ini atau tahun hadapan.
"Saya tidak mahu janji apa-apa kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang," jelasnya yang turut memberitahu akan membuat pengumuman selepas semuanya selesai dan bersetuju.

"Jiwa Taiko" turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Nadiyatul Nissa dan Fizz Fairuz bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Jun ini.

No comments:

Post a Comment