Wednesday 6 June 2012

8 ribu hadir konsert AKU SUDIRMAN



Konsert kenangan Sudirman yang berlangsung pada Ahad lalu di Stadium Bola Sepak Cheras, telah memukau lebih 8,000 penonton yang hadir.

Konsert yang dianjurkan oleh pihak Astro telah mengubat kerinduan peminat-peminat terhadap penghibur No.1 Asia satu ketika dahulu yang tiada penggantinya, dengan lagu ciptaan beliau yang memberi kesan mendalam kepada setiap pendengar.

Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah, Amy Search dan Osbon.

Turut memeriahkan konsert lagi adalah dengan persembahan nyanyian dari pelakon filem "Hoore! Hoore!" yang turut mengilhamkan lagu Sudirman dalam filem yang telah ditayangkan baru-baru ini.

Walaupun konsert ini tidak mampu menandingi konsert yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini di jalan Chow Kit, namun kesan mendalam terhadap lagunya masih segar di dalam ingatan setiap pendengarnya.
Antara lagu yang didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan juga Amy Search adalah "Pelangi Petang", "Merisik Khabar" dan juga "Chow Kit Road".

No comments:

Post a Comment