Wednesday 25 January 2012

YOYO bekas suami ROSSA bebas februari

Pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo bakal dibebaskan daripada hukuman penjara pada 28 Februari akan datang seperti yang disahkan oleh peguam pembela Yoyo, Herbin Dasril Siahaan.

Dipetik daripada laman sesawang Wow Keren. suami kepada penyanyi Rossa sebelum ini sedang menjalani hukuman penjara dan pemulihan selama setahun akibat memiliki syabu seberat 0.5 gram.
Semalam Yoyo telah muncul buat pertama kalinya dalam satu program televisyen "Apa Kabar Indonesia" ketika di penjara.

Menurut kaunselor Yayasan Kepedulian Peduli Masyarakat iaitu di tempat Yoyo menjalani pemulihan, Yasin menjelaskan penampilannya di kaca televisyen itu telah mendapat kebenaran daripada pihak penjara.
"Dia masih lagi menjalani rawatan di tempat kami pada setiap hari. Dia akan tiba pada awal pagi dan pulang apabila petang. Setiap kali dia keluar, dia pasti akan ditemani oleh seorang pihak berkuasa dan dilarang sama sekali bersendirian."

Manakala ahli kumpulan Padi, Piyu, yang merupakan pemain gitar sempat menyatakan rasa gembiranya mengetahui Yoyo bakal dibebaskan.
"Saya sangat gembira kerana Yoyo akan kembali melakukan aktiviti. Semestinya akan mampu menjalani kehidupan dengan lebih baik," ujar Piyu.

No comments:

Post a Comment