Monday 16 January 2012

SHOW "LADIES NIGHT" BLACK DI BATAL !!!



Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.
Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

No comments:

Post a Comment