Friday 13 January 2012

HATTAN : "sudah tiada jodoh nak buat macam mane"


Penyanyi terkenal tanah air Hattan,48, atau nama sebenar beliau Shukri shahabudin di laporkan sah bercerai dengan isteri perkahwinan yang kedua kali iaitu farah asyikin othman 38 dengan talak satu di mahkamah syariah Kuala Pilah kira-kira jam 11.30 pagi selepas berkahwin hanya selama 2 bulan.

Hattan melafazkan talak satu di hadapan hakim syarie abdul rashid hamid di mahkamah syariah kuala pilah bersama dengan farah asyikin.penyanyi yang popular dengan lagu rendang tak berbuah ini meyatakan bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan takdir kerana dalam kehidupan sesuatu yang berlaku ada kalanya di luar kemampuan manusia.

Hattan berkata  "kami berpisah kerana tiada persefahaman.Jadi jalan terbaik adalah berpisah secara baik dan matang tanpa sebarang pergaduhan atau bermasam muka.Ujarnya  lagi "kami sudah pun dewasa apa yang berlaku haruslah berasas dan kami berbincang secara baik sebelum bercerai.selepas bercerai kami masih boleh berkawan"

No comments:

Post a Comment