Monday 30 January 2012

kerja keras HAFIZ untuk AJL berbaloi

Sememangnya tidak dapat dinafikan lontaran vokal pemilik nama Mohd Hafiz Mohd Suip berjaya memukau sesiapa sahaja yang mendengar tidak kira di Stadium Putra Bukit Jalil mahu pun di rumah, sekaligus membolehkannya memenangi anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan juara keseluruhan menerusi lagu "Awan Nano".
Dicipta oleh Dato' M. Nasir dan lirik ditulis oleh Budi Hikayat, Hafiz memberitahu di sidang media selepas tamat AJL26 bahawa dia sememangnya telah bertungkus-lumus membuat persediaan untuk pertandingan ini.
"Saya sememangnya sudah membuat persedian lebih awal demi AJL26. Banyak tunjuk ajar yang telah diberikan oleh sifu Dato' M. Nasir dan krew lain bagi memastikan kejayaan saya malam ini.
"Sebelum ini harapan saya hanyalah untuk mengekalkan anugerah Vokal Terbaik yang dipegang tahun lalu tetapi saya tidak sangka akan berjaya ke tahap begini," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.
Berbekalkan seluar sukan dan t-shirt, Hafiz berjaya memberikan persembahan yang baik sehingga mengalahkan 11 buah lagu lain yang berjaya ke peringkat akhir.
Hafiz membawa pulang keseluruhan RM45,000 iaitu RM10,000 dan trofi untuk Vokal Terbaik. Manakala RM35,000 berserta trofi untuk juara keseluruhan AJL26.
Masih lagi di bawah syarikat rakaman Astro, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini bakal muncul dengan album terbaru dalam waktu yang terdekat.

1 comment:

  1. terbaekkkkkk ! x yah pk sape nk sponsor baju . hahaha .

    ReplyDelete