Wednesday 4 January 2012

Percutian ROZITA CHE WAN bersama ZAIN SAIDIN

Spekulasi gossip percintaan Rozita che wan dan pelakon muda zain saidin terjawab apabila mereka di lihat bercuti bersama-sama di pusat peranginan Genting Highland baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, percutian Rozita dan Zain telah dapat dihidu kerana beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu telah menghubungi dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak mStar Online.

Rozita memberitahu bahawa percutian itu turut disertai oleh anak-anaknya Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

Namun Rozita menafikan bahawa beliau bercinta dengan pelakon muda yang juga adik kepada penyayi sasha saidin dengan menyatakan bahawa anak-anak beliau begitu rapat dengan pelakon tersebut dan memberitahu sebagai bukti bahawa anaknya sering mengikut zain keluar bermain futsal pada malam khamis lalu.

Zain menyatakan Rozita sendiri yang mengajak nya untuk pergi bercuti dengan nya bersama sama anak rozita dalam temubual di salah satu akhbar tempatan.

No comments:

Post a Comment