Wednesday 4 January 2012

FILEM : Animasi terbaru Malaysia "SEEFOOD"


Studio animasi tersohor Malaysia, Silver Ant Sdn Bhd telah memilih Grand Brilliance sebagai pihak promosi dan pengedaran filem animasi penggembaraan pertama mereka, iaitu "SeeFood".
Dalam majlis menandatangani perjanjian baru-baru ini, Ahmad Izham Omar selaku Pengurus Eksekutif Primeworks Studios menyatakan perasaan berbesar hati pihak Grand Brilliance dalam menerima tanggungjawab mempromosi dan mengedarkan filem "SeeFood" ke seluruh Malaysia. 

Menurutnya "SeeFood", mempunyai kelasnya yang tersendiri dari segi penceritaan dan kualitinya.
Goh Aun Hee, pengasas dan penerbit animasi bagi Silver Ant Sdn Bhd, menyatakan pula yang pemilihan Grand Brilliance sebagai pengedar tunggal filem "SeeFood" merupakan keputusan mudah, berdasarkan kepada pengaruh dan rekodnya yang utuh dalam kejayaan pengedarannya di pasaran Malaysia.

Filem "SeeFood" yang berlatar belakangkan eko-sistem sekitar dimana karakter utamanya, Pup dan Julius, akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung dan ditemani watak lain yang penuh gelagat. Filem animasi "SeeFood" ini merupakan idea asal pengarah filem "Dilarang Masuk", Jeffrey Chiang.

Selepas tayangan perdananya di Cannes Marche du Film pada bulan Mei 2011 yang lalu, "SeeFood" telah ditayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. "SeeFood" akan menemui penonton tempatan pada 8 Mac 2012 di 80 buah panggung di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment