Friday 27 January 2012

JOHNNY DEEP & VANESSA PARADIS BERCERAI ?

Tindakan pasangan Hollywood terkenal, Johnny Depp dan Vanessa Paradis yang berdiam diri apabila khabar angin mengenai hubungan mereka sudah berakhir seolah-olah mengesahkan perkara tersebut benar. Terutama sekali apabila mereka berdua tampil keseorangan di pelbagai acara.

Walaubagaimanapun khabar angin tersebut akhirnya telah dibidas dan dinafikan oleh penyanyi dan aktres "Cafe de Flore" ketika muncul di rancangan sembang televisyen Le Grand Journal untuk promosi filem terbarunya itu.

"Ramai yang mengatakan kami beli rumah di merata tempat, atau kami mempunyai 52 buah rumah di Perancis. Ia termasuk dengan khabar angin mengatakan kami berpisah setiap kali musim sejuk menjelang atau berkahwin apabila musim panas.

"Semua kisah tersebut tidak serius. Walaubagaimanapun khabar angin terbaru ini boleh memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak saya," ujar selebriti kelahiran Perancis ini.

Apabila disoal oleh pengacara Marc Denisot mengapa mereka tidak memberi respon terhadap laporan tersebut supaya ia dapat dihentikan dan jika ianya adalah benar, Paradis menegaskan, "Ya ia adalah palsu. Sudah tentu ia tidak benar."

Paradis dan Depp yang telah bersama hampir 14 tahun mempunyai dua orang anak, Lily-Rose, 12, dan Jack, 9, dilaporkan sudah tinggal berasingan buat seketika dan hubungan mereka bagaikan retak menanti belah.

No comments:

Post a Comment