Thursday 5 January 2012

katy perry & brand bercerai


Penyanyi "Fireworks", Katy Perry dilihat intim dengan seorang lelaki di sebuah parti beberapa hari selepas suaminya, aktor komedi Russell Brand memfailkan perceraian.

Dipetik daripada laporan Mirror, satu sumber memberitahu New York Post bahawa Perry, 27, telah meraikan sambutan Tahun Baru di California bersama rakan-rakannya dan bermesra dengan seorang lelaki di kelab malam Hollywood, Soho House.

"Dia tidak kelihatan sedih kerana dilihat bergelak ketawa dan menari. Apabila hampir lewat malam, dia bersama lelaki tersebut menari bersama dan berpegangan tangan," ujar sumber itu.
Berbeza pula dengan Brand, 36, yang meraikan Tahun Baru dengan cara sederhana di sebuah hotel di London.

Pelbagai laporan mengatakan punca perpisahan ini adalah disebabkan Brand tidak tahan dengan gaya hidup Perry yang gemar berparti dan enggan mempunyai anak.

Walaupun pernah dilaporkan perkahwinan mereka bermasalah, pasangan ini sebelum ini menafikannya dan mengatakan bahawa mereka bahagia.

Laporan turut mengatakan bahawa Brand berkemungkinan akan menerima US$20 juta (RM63.4 juta) , separuh daripada harta Perry di bawah undang-undang California kerana mereka tidak menandatangani perjanjian sebelum berkahwin.
Brand memfailkan perceraian pada Jumaat lalu selepas 14 bulan berkahwin.

No comments:

Post a Comment