Wednesday 25 January 2012

Edry beri kepercayaan kepada sofaz


Kumpulan Sofaz berbesar hati apabila mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim untuk menyanyikan lagu tema filem fantasi komedi "Cinta Kura-Kura" berjudul "Pencinta Terbaik".
Menurut Zimy, "Pada awalnya kami diberikan satu demo untuk diperdengarkan dan selepas mendengarnya, kami bersepakat untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan KRU Studios."

Sofaz memandang keputusan tersebut adalah satu peluang yang baik untuk digunakan memandangkan mereka belum pernah bekerjasama dengan Edry sebelum ini.
"Dia adalah seorang komposer yang mempunyai kreativiti tersendiri serta memahami tahap dan keperluan seorang artis dalam berkarya. Kami yakin lagu ini mampu menarik minat ramai terutamanya golongan remaja," tambahnya lagi.

Baru-baru ini telah berlangsung penggambaran muzik video "Pencinta Terbaik" yang diadakan di Studio B KRU Studios di Cyberjaya. Ia merupakan lagu tema filem ke-10 terbitan KRU Studios.
Muzik video ini telah diarahkan oleh Al Fahim Mokhtar yang turut memberi sentuhan elemen keceriaan warna bagi memastikan ia selari dengan elemen yang terdapat dalam filem "Cinta Kura-Kura" yang menampilkan animasi tiga dimensi seperti peneraju "The Smurfs" dan "Garfield".

"Cinta Kura-Kura" yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Raja Lawak dan Fara Fauzana ini akan ditayangkan di pawagam pada 1 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment