Thursday 5 January 2012

PINEWOOD studio filem tercanggih di malaysia


Pinewood Iskandar Malaysia Studios telah dibina di Johor Bahru bagi membantu meningkatkan kepesatan pembangunan industri perfileman di Malaysia.

Studio perfileman yang bernilai RM300 juta ini dikatakan mampu meletakkan Malaysia menandingi negara-negara lain dalam dengan kecanggihan teknologi bertaraf antarabangsa ini sekaligus memberi gambaran Malaysia semakin maju.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Michael Lake, dia benar-benar kagum dan teruja dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan berharap dengan kehadiran studio ini dapat mengubah industri filem dan televisyen menjadi lebih baik.

Dijangka siap pada tahun 2013, studio ini dibina menerusi usahasama antara Pinewood Shepperton dari United Kingdom dan didukung pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.
Studio ini akan memberikan kemudahan kepada industri perfileman serta televisyen sejak daripada peringkat pra produksi sehinggalah pasca produksi.

No comments:

Post a Comment