Friday 13 January 2012

Jamal abdillah : "ada maksud sebalik lagu maafkan kamu"


Lagu terbaru Malique Feat Raja pop malaysia Jamal Abdillah bertajuk AKU MAAFKAN KAMU sedang hit yang sering di putar oleh stesen-stesen  radio tanah air ini mempunyai maksud yang tersendiri.selain daripada memberi kelainan kepada raja pop malaysia ini, lirik-lirik lagu nya memberi erti kepada penyanyi itu tersendiri.

Lagu aku maafkan kamu ini memberikan mesej nya yang tersendiri oleh penyanyi tersebut kepada pihak-pihak yang membuat pelbagai cerita dan andainya berhubung dengan penyanyi itu sendiri.lagu ini di di katakan memberi kemaafan kepada pihak di luar sana yang membuat andaian tanpa mengenali dan rapat dengan beliau.

pelbagai kontroversi yang berlaku selama ini tidak lah benar dan hanya andaian sahaja.pihak yang membuat cerita sebernanya tidak betul-betul mengenali diri beliau terlebih dahulu dan tidak merujuk kepada beliau.

selain itu kebanyakan lagu-lagu hasil karya Malique yang merupakan ahli kumpulan Too Phat ini banyak memberi erti kepada masyarakat malaysia terutama bangsa melayu yang memberi unsur-unsur pengajaran melalui kata-kata kiasan yang mendalam.Malique sekarang lebih gemar berkarya dalam keadaan tidak menonjol dan tiada sumber mengatakan kenapa Malique lebih suka begitu.


berikut merupakan chorus dalam lagu Aku maafkan kamu :


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

No comments:

Post a Comment