Sunday 8 January 2012

Shahz Jaszle kepada Shahrizal...sudah tukar ka!!!!

Aktor lelaki yang tak pernah surut daripada kisah-kisah sensasi sekali lagi mengukir kontroversi di awal tahun 2012 apabila bertindak menukar namanya yang sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle kepada Shahrizal.
Pelakon signifikan dengan lakonannya dalam drama bersiri "Asmara" ini berkata, keputusannya untuk nama itu dibuat selepas salah seorang ahli keluarga meminta dia menggunakan nama tersebut kerana disifatkan lebih sesuai dan serasi kepada dirinya.

Pengumuman pertukaran nama itu dibuat menerusi rancangan "Selamat Pagi Malaysia" yang disiarkan Ahad lalu."Keluarga saya berpendapat, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya akan lebih kuat auranya dan saya akui kebenaran tersebut selepas menukar nama," tutur jejaka berusia 25 tahun ini seperti petikan laman mStar.

Tambah Shahrizal lagi, kehidupannya kini lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Malah dia berharap dengan penggunaan nama sebenarnya ini, dia dapat mengukuhkan lagi karier seninya pada masa akan datang.

Ditanya mengenai respon peminat berhubung penukaran namanya pula, dia bersyukur kerana para peminat memberikan respons positif dan masih terus setia menyokongnya.
"Alhamdulillah, peminat memberi respon yang baik. Saya tidak menyesal dengan keputusan ini meskipun telah menggunakan nama Shahz Jaszle hampir lima tahun pembabitan dalam bidang seni hiburan tanah air," jelas Shahrizal yang kini sedang berada di Australia untuk penggambaran drama "Atas Nama Cinta".

Sebelum ini, Shahrizal pernah mencetus kontroversi di awal pembabitannya dalam bidang seni apabila meminta peminat memanggil nama Shahz Jaszle dalam sebutan bahasa Inggeris dan bukannya 'Shah Jazli' dalam sebutan bahasa Melayu.

Malah selepas itu, pelakon ini turut terjerumus dengan kontroversi kisah cintanya dengan aktres seksi Maria Farida dan Neelofa selain aksi-aksi keterlaluan dalam klip video Prema Yin, "Marilah" arahan pelakon Gambit Saifullah.

No comments:

Post a Comment