Wednesday 25 January 2012

Anak Micheal Jackson ingin berlakon

Penyanyi Janet Jackson inginkan anak saudaranya, Paris supaya menunggu sebelum memulakan kariernya dalam bidang lakonan.
Dipetik daripada Contact Music, penyanyi "Rhythm Nation" telah menasihatkan anak kepada raja pop Michael itu supaya tidak terlibat dalam dunia hiburan ketika usia muda agar dapat fokus kepada pelajaran selepas dilaporkan mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem bercorak fantasi berjudul "Lundon's Bridge and The Three Keys".

Ujar Janet yang turut memulakan kariernya di saat usia masih muda, "Saya lagi suka jika dia menunggu. Saya rasakan dia seharusnya bergembira di saat masih muda.
"Kita hanya muda sekali sahaja dan ianya penting untuk bergembira dan menghayati masa muda kita. Dia mempunyai hampir keseluruhan hidupnya untuk menjadi dewasa. Oleh itu dia perlu belajar dan ke sekolah. Bila meningkat usia 18 tahun, barulah dia boleh memilih apa sahaja bidang yang diinginkan.

Paris yang mempunyai dua adik-beradik lain, Prince Michael, 14, dan Prince Michael II atau dipanggil Blanket, 9, dilaporkan telah memujuk neneknya, Katherine agar membenarkannya berlakon dalam filem tersebut dengan memberitahu bahawa Michael akan menghargai mesej yang disampaikan oleh filem itu yang akan menampilkan karakter asli dan animasi.

No comments:

Post a Comment