Monday 21 May 2012

ZIZAN nafi menghidapi penyakit misteri



Walaupun sebelum ini pihak kepada pengacara "Melodi", Zizan Razak memberi penjelasan bahawa dia mengalami keradangan otot selepas dimasukkan ke wad beberapa hari, penjelasan tersebut tidak memuaskan hati beberapa pihak lalu muncul khabar angin bahawa dia menghidap penyakit misteri.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh Zizan walaupun turut berasa pelik dengan spekulasi yang dibuat oleh sesetengah pihak.
"Saya berasa tidak sedap badan lalu memandu sendiri ke hospital. Doktor ada membuat pemeriksaan jantung dan beberapa organ lain tetapi tiada sebarang masalah.

"Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa saya tidak cukup berat. Saya juga turut mempunyai surat pengesahan tersebut daripada doktor," ujar pemegang trofi Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) ketika ditemui selepas tamat majlis tayangan media filem "Bohsia 2: Jalan Kembali".

"Walaupun saya berasa pelik, saya menganggap orang mengambil berat. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya telah menjawab spekulasi tersebut dan berharap perkara sedemikian dapat dijauhkan.

"Saya tidak bercakap perkara (penyakit misteri) itu tidak wujud. Cuma kita sendiri tahu bagaimana kita ingin mengelak ia berlaku iaitu dengan bacaan ayat Al-Quran," jelas pengacara dan pelakon berusia 28 tahun ini lagi.

Mengulas tentang filem terbarunya, "Bohsia 2: Jalan Kembali", Zizan akui masih baru dalam industri perfileman dan perlu mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman bagi memantapkan mutu lakonannya pada masa akan datang.

Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan turut dibintangi oleh Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 7 Jun akan datang.

No comments:

Post a Comment