Friday 18 May 2012

BOHSIA 2 "JALAN KEMBALI" LEBIH BERANI LEBIH AKSI


Penerima 2 kali sebagai pengarah terbaik festival filem kebangsaan SYAMSUL YUSOF tampil dengan filem terbaru arahan beliau iaitu BOHSIA 2 "JALAN KEMBALI" yang merupakan sambungan kepada BOHSIA "JANGAN PILIH JALAN HITAM".

Filem yang ke 7 arahan beliau ini banyak mempamirkan golongan kehidupan negatif remaja yang melibatkan diri dalam perlumbaan haram,dadah dan seks bebas tanpa menghiraukan batas agama.Terdapat adegan yang di anggap sebagai sensitif dan ada yang menganggap ianya satu penghinaan terhadap agama islam apabila watak KETING lakonan SOFI JIKAN menolak seorang iman yang cuba menegurnya.Tapi jika di lihat dari sudut positif ianya dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja yang terlalu jauh terpesong dari landasan.

BOHSIA 2 ini mengisahkan bagaimana seorang remaja yang telah hanyut mahu kembali ke pangkal jalan dan mahu mengubah kehidupan yang jauh terpesong.Bermula dengan AMY (salina saibi) yang sudah mendapat kesedaran ketika berada di rumah pengasih dan sentiasa berdoa agar kawannya TASHA (nabila) dapat berubah menjadi seperti beliau dan tidak berkawan dengan KETING (sofi jikan) seorang  penagih dadah.makcik tasha meminta bantuan dari MUS (syamsul) untuk membawa tasha kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengikut keting.MUS yang juga merasakan diri beliau sama dengan tasha yang telah terpesong jauh dari kehidupan yang sebenar dan turut mahu bertaubat dari melakukan pekara-pekara yang tidak memberi manfaat pada diri nya.

Pelbagai rintangan yang terpaksa mus lalui untuk menyelamatkan tasha dari tangan keting yang tidak mempunyai sifat kemanusian.ZIZAN dalam filem ini memegang watak sebagai ZAM yang merupakan kawan kepada mus seorang 'rider' dari terengganu bersaing dengan PAK ABU (kaza) untuk mendapatkan AMY sebagai kekasih.

Banyak aksi-aksi yang menarik dapat kita lihat dalam filem ini dan beberapa adegan yang agak sesuai di tonton oleh golongan remaja dan orang dewasa,tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta keluarga kerana terdapat adegan dan dialog yang tidak bersesuaian untuk golongan kanak-kanak.

Gambar sekitar majlis pra tonton filem BOHSIA 2 ini 






No comments:

Post a Comment