Sunday 13 May 2012

MAYA KARIN sentiasa mahu tampil eksklusif


Heroin filem 'Ombak Rindu', Maya Karin menyatakan bahawa dia mahu dirinya tampil eksklusif dalam karier lakonanannya kerana merasakan ia mampu membuat peminat-peminat sentiasa menanti-nantikan kemunculannya di layar perak.

"Rasanya memang dari dulu lagi saya cuba tampil eksklusif. Tapi, semua terpulang kepada peminat untuk menilainya.

"Saya mahu kemunculan saya dinanti-nantikan. Jadi, saya seboleh-bolehnya tidak mahu kerap muncul di layar perak. Selepas 10 tahun saya berada dalam industri ini, saya merasakan formula itu menjadi kerana sehingga kini penerbit dan pengarah masih memberi peluang kepada saya dan memberi kepercayaan menggalas watak utama.

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) memberitahu bahawa dia berpuas hati dengan perjalanannya kariernya sebagai seorang pelakon.
Sementara itu, Maya menafikan dakwaan sesetengah penerbit dan pengarah yang mendakwa dia hanya mahu berlakon filem yang diarahkan oleh Osman Ali sahaja.

No comments:

Post a Comment