Wednesday 16 May 2012

cincin berlian bukti cinta SYAHRINI & BUBU



Selebriti dari Indonesia, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani,30, telah pun mengakui hubungannya dengan seorang kerabat diraja Selangor iaitu Raja Mohammad Syazni atau dikenali dengan panggilan manjanya Bubu.

Menurut laman Wowkeren, Syahrini kini bahagia dengan Bubu dan dalam menunjukkan bukti cinta mereka, beliau telah menyarungkan sebentuk cincin berlian, hadiah pemberian dari Bubu.
Menurutnya, "Cincin ini di beri pada bulan Februari lalu", kata Syahrini di Bogor baru-baru ini ketika dia bersama Bubu.

Malah bintang filem "Baik-Baik Sayang" ini dengan nada sindir mengucap terima kasih kepada media kerana telah menyebarkan cerita palsu tentang dirinya yang dikatakan perempuan simpanan.

Selain panggilan manja Syahrini kepada jejaka keturunan Sultan Selangor itu, dia juga mengakui yang Bubu juga sering memanggilnya dengan nama manja iaitu 'My Princess' atau 'Si Putih'.

Apabila di soal mengenai Syahrini kepada Bubu, jejaka tersebut menjelaskan dia bukan hanya tertarik dengan Syahrini kerana mempunyai rupa paras yang cantik dan kulit yang putih, tetapi kerana dia mempunyai keperibadian yang baik.

"Syahrini selalu memberikan perhatian kepada saya. Malah dia juga manja, sebab itu saya jatuh cinta dengannya," ujar Bubu.

1 comment:

  1. Wei Jel si BUBU ni cicit Raja Selangor.... ada pics dia ada tatto ankat perempuan siol jer sioll lah.. nak cakap lebey cicit Sultan Selangor apa ntah nama dier Raja apa tah tapi depan bermula nama Raja....

    ReplyDelete