Sunday 13 May 2012

Perangai buruk kumpulan THE BLACK EYED PEAS



Walaupun sudah lama berada di dalam dunia hiburan, sesetengah artis masih mempunyai sikap rendah diri dan bersederhana. Tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada kumpulan popular The Black Eyed Peas.
Baru-baru ini, di dalam penerbangan mereka dari Miami ke Los Angeles, kumpulan ini telah mengejutkan orang awam dengan sifat mereka yang di katakan biadap dan banyak karenah.

Menurut HollywoodLife, selepas berparti di Miami, kumpulan itu lambat selama 2 jam untuk menaiki kapal terbang peribadi mereka. Malahan mereka juga dikatakan datang dengan keadaan mabuk dengan masing-masing berbau arak yang busuk.

"Kami mengharapkan ada di antara ahli mereka akan memohon maaf diatas kelewatan yang dilakukan namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila mereka nyata terus berperlakuan seperti diva dimana meminta benda yang tidak munasabah sebelum kesemua ahli tersebut tidur sepanjang penerbangan," ujar satu sumber tersebut.

Sejurus selepas kapal terbang itu mendarat di Los Angeles, sumber yang sama menyatakan bahawa apabila mereka mula lapar, mereka telah mengarahkan kapal terbang dan ahli pesawat tersebut untuk tunggu di landasan kapal terbang dan pergi keluar untuk makan tengah hari selama 2 jam.
"Mereka berperangai seperti diva!" kata satu sumber.

"Setiap seorang mempunyai limo menunggu mereka, malah Will.I.Am juga berkeras untuk dihantar ke keretanya yang cuma terletak 20 kaki dari kapal terbang."

No comments:

Post a Comment