Tuesday 29 May 2012

ROBERT PATTINSON tidak berlakon dalam filem terbaru THE HUNGER GAME


Baru-baru ini telah timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bintang siri filem "Twilight" Robert Pattinson, dikatakan bakal membintangi filem sekuel blockbuster "The Hunger Games", iaitu "Catching Fire".

Namun menurut laporan daripada USA Today, Pattinson telah menafikan khabar angin tersebut. "Saya bangun pagi (Sabtu) dan saya terbaca laporan tentang berlakon dalam filem sekuel "The Hunger Games". Jadi saya menghubungi ejen saya, dan dia menafikannya," kata Pattinson ketika ditemui di Festival Filem Cannes, Perancis.

Menurut Pattinson lagi, dia berasa lega apabila ejennya mengesahkan dia tidak menerima langsung tawaran untuknya berlakon dalam filem itu.

Sementara itu, filem terbaru lakonan Pattinson "Cosmopolis" yang dijangka akan berada di layar perak Amerika Syarikat pada Ogos ini, telah mendapat pujian semasa ia ditayangkan di Cannes.

Pattinson juga mengakui dia berasa agak gementar apabila filemnya itu ditayangkan untuk penonton di Cannes.
"Sehari sebelum tayangan, David Cronenberg beritahu saya bahawa penonton di Cannes ini suka mengkritik. Jadi saya sememangnya saya jangkakan akan mendapat kritikan."

"Saya tidak menonton langsung filem itu, saya hanya tunggu semua orang keluar. Tiga jam saya menunggu dengan panik," katanya ketika menunggu reaksi penonton selepas keluar dari pawagam.
Namun filem "Cosmopolis" sebaliknya mendapat pujian daripada penonton yang kagum dengan filem tersebut, dan ini telah membuat Pattinson berasa lega.

No comments:

Post a Comment