Monday 14 May 2012

Percubaan SHUIB di layar perak


SHUIB SEPAHTU mula mengembangkan bakat baru apabila di beri peluang sebagai watak utama dalam sebuah filem komedi bertajuk MAN SEWEL DATANG KL.SHUIB memegang watak sebagai MAN yang berasal dari kampung yang mahu mengikut jejak langkah kawannya untuk menjalankan kehidupan di KL.

Man di gelar sebagai sewel kerana perangai nya yang begitu lurus bendul dan gila-gila.Man sanggup meninggalkan kekasih hati nya demi untuk hidup di kuala lumpur.Pelbagai pekara yang berlaku semasa MAN  berada di kuala lumpur.

"watak ini betul-betul membuatkan saya betul-betul sewel" kata SHUIB  sebelum membuat persembahan bersama MUS MAY sebelum tayangan bermula.

MUS MAY selaku pengarah muzik untuk cerita ini dan turut bersama berlakon dalam filem ini.

Filem ini boleh dikatakan sebagai percubaan pertama bagi pelakon utama,pengarah dan pengarah muzik dan mereka mengakui sendiri dan sangat berterima kasih di beri peluang sebegini rupa.

Razali Hussain, Julia Ziegler Rafidah Ibrahim,Siti Sarah Raisudin dan Rosnah Mat Aris turut bersama menjayakan filem ini .Sama-sama kita nantikan kemunculan filem MAN SEWEL DATANG KL di pawangan berhampiran anda pada 31 MEI 2012...CITER SINI ABIS SINI LA YE.... 



No comments:

Post a Comment