Thursday 10 May 2012

Filem kedua JUSTIN BIEBER di tangguh


Filem kedua penyanyi remaja popular Justin Bieber yang bertemakan bola keranjang akan ditunda kerana skrip filem perlu diolah semula.

Bercakap kepada MTV News, penyanyi "Baby" yang bakal bergandingan dengan aktor Mark Wahlberg dalam filem tersebut memberitahu ia masih akan diteruskan, tetapi memandangkan ia masih lagi dalam fasa penulisan skrip, maka jadual tetap belum diketahui lagi.

"Saya masih bekerjasama dengan Mark Wahlberg. Saya tidak tahu apa perancangan selepas ini tetapi mereka sedang mengolah skrip untuk menjadikannya lebih baik dan menarik," kata Bieber.

Sementara itu teman lelaki kepada Selena Gomez ini turut memberitahu dia perlu membuat latihan sebelum penggambaran filem dimulakan kerana sudah lama tidak bermain bola keranjang.
Sebelum ini Bieber, 18, pernah muncul dengan filem konsert biografi "Never Say Never" pada tahun 2011 yang berjaya pecah panggung.

Sementara itu Bieber yang baru sahaja tamat pengajian di sekolah sedang sibuk mempromosi album terbarunya, "Believe" yang bakal dipasarkan pada bulan Jun akan datang. Lagu single terbarunya, "Boyfriend" kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.

No comments:

Post a Comment