Friday 11 May 2012

JOHAN nafi sertai sepahtu


Pelawak dan penyampai radio Era menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepathu.

"Saya terkejut apabila ada khabar angin tersebut menjadi perbualan ramai malah telah diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar minggu lepas (Ahad).

"Khabar angin tersebut tidak benar sama sekali.Bagi saya ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak mebuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut," ujar Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim.

Pelawak berusia 28 tahun ini yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak turut menambah, khabar angin itu mungkin timbul gara-gara sikap segelintir individu yang ingin melihatnya menyertai kumpulan Sepahtu.

Sementara itu, salah seorang anggota Sepahtu, Shuib ketika ditanya berhubung khabar angin ini memberitahu yang dia juga terkejut dengan khabar angin tersebut yang kini tersebar meluas.
Menurut Shuib, dia dan Johan tidak pernah berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulan mereka.

"Saya agak terkejut kerana setahu saya, saya tidak pernah berbincang dengan Johan tentang hal tersebut.
"Saya ada bertanyakan kepada Jepp (salah seorang lagi ahli Sepahtu) dan dia juga tidak tahu menahu langsung mengenai berita yang tersebar itu. Walaubagaimanapun, saya enggan mengulas lebih lanjut. Rasa pelik juga apabila berita sebegini timbul," ujar Shuib yang tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Johan menyertai kumpulan Sepahtu.

No comments:

Post a Comment