Thursday 31 May 2012

JIWA TAIKO papar realiti sebenar - OSMAN ALI


OSMAN ALI menyatakan bahawa filem terbaru arahan beliau yang berjudul JIWA TAIKO ini menggambarkan realiti sebenar yang berlaku pada masa kini dimana seperti apa yang kita dapat lihat, kebanyakan remaja semakin berani memilih untuk menjalani kehidupan yang kurang bermoral seperti penglibatan dalam dunia samseng, dadah, juga seks bebas.

Pengarah yang banyak menimbulkan kontroversi dalam pembikinan filem beliau ini turut menafikan bahawa adegan ghairah yang dipaparkan adalah mengikut budaya barat dan menegaskan bahawa ianya adalah realiti sebenar yang sedang berleluasa di dalam masyarakat kita, dimana masyarakat seharusnya lebih peka dengan perkara perkara sebegini, ujar beliau lagi.

JIWA TAIKO mengisahkan di mana seorang remaja yang bernama FIRMAN (remy ishak)  yang ingin meninggalkan dunia samseng sebaik sahaja keluar dari penjara dengan mengikut Kak Pora (mislina) ke tempat pemulihan milik  Kak Pora. Disana, FIRMAN telah berubah dan telah jatuh hati kepada TRISH (diana dianelle). Pada masa yang sama, LARA(nadiya), sahabat kepada TRISH turut menyimpan perasaan cinta terhadap FIRMAN.

Sementara itu kemunculan PINTO (bront palarae), rakan baik kepada FIRMAN, telah menimbulkan rasa tidak senang kepada FIRMAN apabila PINTO mengajak FIRMAN kembali masuk ke dunia samseng bersamanya. Pelbagai konflik berlaku apabila FIRMAN enggan menyertai PINTO.

Banyak adegan aksi yang ditunjukkan di dalam filem ini, dan terdapat juga babak-bapak berani yang dilayarkan oleh pengarah box office ini. Ternyata kebanyakan filem OSMAN ALI ,menerapkan realiti kehidupan yang sebenar. TAHNIAH di ucapkan kepada OSMAN ALI untuk filem JIWA TAIKO yang sememangnya hebat ini!

Sama-sama kita menonton filem JIWA TAIKO yang akan berada di pawagam pada 14 JUN 2012.


Gambar di sekitar malam gala filem JIWA TAIKO :












No comments:

Post a Comment