Thursday 3 May 2012

Kontroversi WATIE & JOEY terjawab



Apabila seseorang wanita itu dinikahi lelaki adalah untuk mengelakkan fitnah mahupun perkara yang tidak elok berlaku malahan diperkatakan. Berlainan kisahnya dengan aktres yang pernah popular suatu ketika dahulu bersama kumpulan wanita di tahun 90-an iaitu Watie dari kumpulan Elite.

walaupun sudah mengesahkan sudah bernikah dengan jejaka pilihan yang merupakan bekas anggota kumpulan Exist, Joey, namun masih ramai pihak yang memperkatakan kesahihan hubungan mereka sehinggalah mereka tampil dengan penjelasan mengenai tarikh pernikahan sekaligus membuat majlis persandingan.

Watie atau nama sebenar, Norwatie Sadali yang kini berusia 35 tahun mengesahkan bahawa mereka telah bernikah pada 22 Disember tahun lalu bersempena dengan hari lahir Watie pada 22 April tahun lalu kononnya sebagai kejutan di hari lahirnya.

"Semua persiapan termasuklah mencari tok kadi di saat akhir adalah hasil perancangan Joey bersama keluarga dia dan juga saya. Dia turut memberitahu bahawa semuanya dirancang di saat akhir kerana tidak mahu apa yang dirancang awal tidak menjadi."

Watie yang menceritakan detik bersejarah perkahwinan yang dibina untuk kali yang ketiga ini ketika majlis persandingan yang dilakukan di rumah Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir.

Ujar Watie lagi, bukan niatnya untuk menyorok status 'isteri orang' atau merahsiakan dari pengetahuan umum kerana semua yang berlaku memang tidak dirancang.
"Dia memang ada melamar saya pada hari lahir saya tahun lepas tetapi tidak sangka majlis berlangsung dengan cepat."

"Urusan borang nikah dan sebagainya semuanya diuruskan suaminya secara senyap-senyap."
"Pada hari pernikahan, saya terkejut kerana kakak saya memberitahu suruh bersiap kerana pihak keluarga Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud akan datang untuk majlis pernikahan di rumah saya di Bukit Antarabangsa.

"Ketika itu saya memang terkejut kerana tidak menyiapkan apa-apa dari segi baju hinggalah ke mekap semuanya saya ambil dari pakaian yang sedia ada di dalam almari dan mekap saya lakukan sendiri."

Majlis persandingan yang dilakukan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi semalam turut hadir sebagai pasangan pengantin adalah Azza Elite dan pasangan, Azlan Zulaily. Mereka disandingkan bersama dengan Watie dan Joey dengan memakai pakaian bertemakan warna krim.

Bagaimanapun, Watie dan Joey akan disandingkan sekali lagi pada 7 Julai depan di sebuah pusat beli-belah di Subang bersempena karnival pengantin. Manakala Azza dan Azlan pada 16 Jun di pusat bel-belah yang sama namun di cawangan Meru Raya, Ipoh.

Kedua-dua pasangan mempelai juga bertuah apabila masing-masing menerima pakej bulan madu ke Pulau Tioman, Pahang yang dihadiahkan oleh kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Kamaruzzaman.

No comments:

Post a Comment