Thursday 10 May 2012

NURUL pilih jejaka dari perancis



Penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Keliru", Nurul Huda Abdul Wahab akhirnya akan menamatkan zaman ibu tunggal selepas lima tahun hidup menjanda. Jejaka yang menjadi pilihan hati Nurul adalah lelaki yang berasal dari Perancis, Eric Daniel Depp yang berusia 47 tahun.

Dipetik daripada akhbar HarianMetro, Nurul memberitahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan depan iaitu pada 6 Jun ini, namun enggan memberitahu lokasi sebenar majlis akan berlangsung.
Nurul memberitahu dia dan bakal suami, Eric sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sepanjang tempoh perkenalan itu, mereka saling memahami.

"Apabila kita sudah berjumpa orang yang sesuai di hati, secara tidak langsung tidak ada lagi halangan untuk saya mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua."
"Kami menerima diri masing-masing seadanya. Keluarga Eric juga dapat menerima saya dengan baik," kata Nurul.

Sebelum ini, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal tanah air, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada tahun 1996, dan bercerai pada tahun 2007.

No comments:

Post a Comment