Sunday 27 May 2012

Status twitter LADY GAGA menimbulkan kemarahan rakyat Thailand



Artis penuh kontroversi Lady Gaga telah membangkitkan kemarahan para peminatnya di Thailand, selepas komen yang dibuat di laman Twitternya mengenai barangan tiruan di Thailand.

Menurut laporan dari abcnews.com, Gaga telah membuat komen tersebut setibanya di Thailand Rabu lalu.
"Saya baru sahaja tiba di Bangkok!Bersedialah 50,000 Thai 'monsterku'. Saya mahu pergi ke 'lady market' dan beli jam Rolex palsu."

Komen yang dibuat oleh penyanyi 'Born This Way' di laman Twitternya yang mempunyai pengikut sebanyak 24 juta telah membuat 'Little Monsters'nya di Thailand berang dengan komen tersebut dan menganggap komen itu telah menyinggung perasaan, menghina dan memberi persepsi buruk kepada imej negara Gajah Putih itu.

Komen tersebut turut mencetuskan kemarahan ramai nasionalis negara itu yang sememangnya tidak gemar apabila isu berkaitan dunia jenayah Thailand dibangkitkan oleh pihak luar.

"Kami lebih membangun dari kamu fikir,"komen Tweet DJ Surahit Siamwalla yang merancang mahu memboikot konsert Lady Gaga di Bangkok, Khamis ini.

Salah seorang peminat telah membalas komen Tweet Gaga dengan sinis berkata, "Selamat datang ke negara yang penuh dengan barang tiruan, selain jam, saya pasti terdapat banyak cd tiruan Lady Gaga juga."

Sementara itu, selain komen dan pakaian peliknya, Lady Gaga turut dikecam oleh banyak negara seperti Korea Selatan, Filipina dan Indonesia kerana lirik-lirik lagunya dikatakan mempersendakan kaum kristian dan mempunyai unsur-unsur pemujaan syaitan.

No comments:

Post a Comment