Friday 11 May 2012

tukang urut saman JOHN TRAVOLTA 6 juta


Berikutan dakwaan seorang tukang urut terhadap aktor terkenal Hollywood, John Travolta di atas serangan seksual yang dilakukan. Kini tampil seorang lagi yang juga merupakan tukang urut mendakwa di atas perkara yang sama.

Apa yang lebih mengejutkan, dakwaan tukang urut tersebut turut mengemukakan tuntunan saman terhadap aktor yang berusia 58 tahun ini sebanyak AS$2 juta (RM6 juta).

Menurut laporan daripada Reuters, kandungan dalam dokumen mahkamah yang difailkan lelaki itu mendakwa aktor "The Punisher" itu melakukan serangan seksual dalam dua kejadian berasingan ketika dia bekerja bersama Travolta.

Identiti lelaki kedua ini tidak didedahkan, dia hanya dirujuk sebagai John Doe No 2 memberitahu Travolta meraba kakinya dan menyentuh kemaluannya sebelum cuba untuk memulakan aksi seks dalam temu janji di bilik hotel disewa aktor terbabit. Kejadian berlaku di Atlanta pada 28 Januari lalu.

Dakwaan yang dibuat John Doe No 2 itu selari dengan kenyataan yang dibuat mangsa pertama atau lebih dikenali dengan panggilan John Doe No 1. Dia juga merupakan seorang tukang urut Texas yang telah menfailkan aduan lebih awal minggu lalu.

Lelaki terbabit berkata, aktor tersebut melakukan serangan seksual ketika dia sedang mengurut di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari iaitu bulan yang sama dengan mangsa kedua.

No comments:

Post a Comment