Thursday 10 May 2012

SUPER HERO MALAYSIA MANTERA


Pihak penerbit filem Mantera yakin dapat kutipan "pecah panggung" dan memberi pulangan sebanyak 90% daripada kos keseluruhan filem ini yang berjumlah RM8.5 juta.

Ketua Pegawai Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata, gabungan di antara tiga buah negara iaitu Russia, Malaysia dan Dubai ternyata mampu membawa filem ini ke peringkat antarabangsa.

"Bagi mereka yang tidak jelas, filem ini menggunakan seratus peratus tenaga tempatan. Kami hanya menggunakan pelakon antarabangsa untuk menjayakan babak-babak tertentu yang bersesuaian dengan jalan cerita. Bagi penggambaran di sana, pihak produksi mereka telah bekerjsama dengan kami bagi menghasilkan filem ini."

Miza turut memberitahu bahawa pihaknya turut akan membuat dua versi filem berkenaan untuk tayangan tempatan dan antarabangsa.

Ujarnya lagi, pihaknya juga telah berbincang dengan pihak pengedar di luar negara terutamanya di Russia dan Dubai untuk melancarkan filem berkenaan di sana.

Selain Tomok ,Shikin Kamal dan juga pelakon baru, Jayson. Filem ini turut mendapat kerjasama dari pelakon luar negara iaitu Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Filem arahan pengarah muda lulusan Akademi Filem FINAS iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy, dan pengarah fotografi ialah Shan Mugaa akan ditayangkan pada 17 Mei ini di seluruh pawagam Malaysia

#pemilihan nama kurang sesuai dengan watak super hero tersebut.

No comments:

Post a Comment