Monday 21 May 2012

ADI PUTRA ingin bersanding semula bersama isteri


Minggu lalu kecoh seketika dunia hiburan tempatan selepas aktor Ady Putra menyatakan hasratnya untuk bercerai daripada isterinya, Aida Yusof, kemudian memutuskan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menarik balik tuntutan berkenaan.

Aktor filem "Aku Terima Nikahnya" ini yang memfailkan perceraian pada 14 Mei lalu telah menarik balik kes tersebut kira-kira jam 8 pagi, Isnin. Wartawan yang telah berkumpul di mahkamah berkenaan walaubagaimanapun gagal mendapatkan sebarang kenyataan daripada Ady sendiri.

Dalam kenyataan yang dipetik daripada laman mStar Online, Ady atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera enggan mengulas mengenai kes tersebut, sebaliknya menyatakan bakal mengadakan sidang media khas pada malam Selasa.

"Saya baru sahaja pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," ujarnya.

Aktor Singapura ini dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 dan sehingga kini belum dikurniakan sebarang cahaya mata disebabkan isterinya seringkali mengalami keguguran.
Sebelum ini Ady pernah menepis dakwaan selepas aktres Nora Danish dikaitkan dengan berita perceraian mereka.

Khabarnya ADI PUTRA akan mengadakan majlis doa selamat atas pembatalan penceraian beliau dengan isterinya dan turut akan membuat persandingan semula bersama-sama sempena pembatalan perceraian beliau.

No comments:

Post a Comment