Thursday 20 June 2013

THOR DATANG MALAYSIA


Pelakon asal Australia, Chris Hemsworth dilaporkan bakal berada di Kuala Lumpur pada 2 hingga 6 September akan datang untuk penggambaran sebuah filem.

Spekulasi mengatakan filem yang menjalani penggambaran ini berjudul "Cyber" iaitu filem aksi thriller arahan Michael Mann. Filem ini berkisar tentang tentera Amerika dan China yang bekerjasama untuk menghentikan penggodam komputer. Menurut IMDb, penggambaran ini telah dimulakan di Los Angeles, California, Jakarta, Hong Kong dan Pelabuhan Klang.

Selain daripada Hemsworth, "Cyber" turut dibintangi Viola Davis, Tang Wei dan Wang Leehom.

Dalam perkembangan semasa, Hemsworth bakal muncul dengan filem terbarunya, "Thor: The Dark World" pada 31 Oktober 2013.

No comments:

Post a Comment