Sunday 16 June 2013

FILEM :TOKAK FILEM LEMAH


Penerbit filem komedi seram "Tokak", Datuk Marina Mahammad mengakui filem pertama terbitannya mempunyai banyak kekurangan selepas terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah ketika menyiapkannya.

Menurutnya, dia pernah terfikir untuk tidak meneruskan filem tersebut selepas hampir tiga tahun tergendala.

"Saya hampir nak tanam filem ini kerana sudah tidak tahu apa nak buat dengannya lagi. Saya juga menangis sendirian mengenangkan bagaimana cara menyelesaikan beberapa masalah apabila orang yang dipertanggungjawabkan melarikan diri," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem "Tokak" baru-baru ini.

Jelasnya, pihak yang dipertanggunjawab itu hanya membuat kerja separuh jalan dan meninggalkan kerja-kerja tersebut kepadanya yang tidak berpengalaman sehingga dia sendiri terpaksa menghantar filemnya itu ke Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Malah Marina juga kesal dengan hasil mutu teknik pengimejan berkomputer (CGI) kerana pihak yang dipertanggungjawab seperti tidak ambil kisah dan sentiasa melewatkan proses tersebut.

Walaubagaimanapun Marina gembira kerana filem terbitan MAR Energetic Industries Sdn. Bhd. yang memakan belanja RM1.5 juta berjaya disiapkan juga.

"Tokak" dilakonkan oleh Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Julia Ziegler, Abon, Kazar dan Lana Nodin akan mula ditayangkan di pawagam bermula 20 Jun akan datang.


"Sedih tengok filem malaysia macam ni...sepatutnya filem malaysia sudah berada di tahap yang tinggi.,kalau filem macam ni terus di keluarkan maka tiada lagi sokongan daripada penonton tempatan.harap pihak lembaga filem malaysia harus menetapkan gred & kualiti filem sebelum di benarkan tayangan di pawagam bukan hanya potong memotong je"


No comments:

Post a Comment