Thursday 27 June 2013

EZANY BERTEGAS ENGGAN MINTA MAAF


Nampaknya kes pengarah drama yang didakwa mencabul seorang pelakon baru semakin menjadi panas apabila pelakon Ezany tetap bertegas enggan memohon maaf berhubung kes tersebut.

"Kalau nak saman saya tak payah beri tempoh seminggu, sehari pun sudah cukup. Biar apapun yang terjadi, saya tidak akan memohon maaf," katanya kepada Harian Metro.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff turut berkata dia tidak pernah menfitnah Abdul Rahim dan jika pengarah drama tersebut yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mahu menyamannya, dia sudah bersedia dengan peguam yang dilantiknya.

"Tidak perlu menggertak saya. Lebih sahih lagi kerana kes itu sekarang menjadi siasatan polis, kita tengok siapa salah atau sebaliknya."

Dalam pada itu, pelakon baru Ffarrah Ismail, 22, berasa lega selepas pengarah drama tersebut telah ditahan.

"Maruah diri saya terbela selepas dia ditahan. Walaupun perasaan masih tertekan, tetapi saya lega selepas membuat laporan polis."

Ffarrah yang mengadakan sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) semalam bagi memberi kenyataan dan menjelaskan situasi dirinya.

"Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada artis lain. Saya masih minat berlakon, tetapi serik dan takut untuk teruskan."

No comments:

Post a Comment