Friday 21 June 2013

BABAK CIUM ANTARA SUZY & LEE SEUNG GI


Ramai yang menonton babak cium di antara Suzy dan Lee Seung Gi dalam drama bersiri baru, Book of the House of Gu, menangis kerana terpesona. Namun, bagaimana pula penerimaan anggota 2PM lain mengenai babak itu?

Fei daripada Miss A ketika sesi temuramah di TV Daily berkata, dia menonton drama itu tapi tidak sempat menyaksikan episod berkenaan.


“Lagipun, ia drama sejarah dan meleret-leret, saya tidak berapa faham dan perlukan sarikata bahasa Cina untuk memahaminya.

“Saya terlepas beberapa episod kerana menyertai rakaman program Dancing With the Stars, jadi saya hanya sempat tonton sehingga episod enam.


“Saya dengar ia menjadi isu hangat. Baru-baru ini, sewaktu menjalani penggambaran bersama anggota 2PM dan mereka berkata pada Suzy, babak itu sangat ‘gila’, terutama komen diberikan Taecyeon,” kata Fei yang terkejut ramai menganggapnya perkara besar.


Katanya, Suzy pernah melakonkan babak cium, cuma ia tidak ‘seintim’ adegan bercium yang dilakonkannya untuk Book of the House of Gu.

No comments:

Post a Comment