Monday 24 June 2013

AWAL ASHAARI & LIYANA JASMAY DUTA SAMSUNG S4


Telefon bimbit tidak lagi dilihat sebagai lambang kemewahan sebaliknya keperluan yang harus dimiliki setiap individu. Tambahan pula, sejak ‘smartphone’ atau telefon pintar diperkenalkan dengan sokongan pelbagai aplikasi, menjadikan segala urusan lebih mudah.

Dua selebriti popular, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay berkongsi pendapat yang sama. Malah, reaksi mereka jelas cukup teruja saat menceritakan kehebatan dan kelebihan telefon pintar terhangat di pasaran ketika ini, Samsung Galaxy S4, yang baru-baru ini dilancarkan.

Liyana Jasmay berkata, S4 adalah telefon android pertama dimilikinya dan sejak menggunakan beberapa bulan lalu pelakon yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi itu mengakui sudah ‘ketagih’ dengannya.

“Ini adalah telefon pintar android pertama yang saya miliki. Saya bukan jenis orang yang suka bertukar-tukar telefon. Saya akan menggunakan telefon hingga rosak dan baru menukarnya.

“Ciri paling utama yang saya nilai sebelum membeli sesebuah telefon adalah kualiti kameranya. Apakah ia mampu menghasilkan gambar yang terang dan jelas?

“Ini kerana saya memang suka ambil gambar dan akan muat naik di Twitter, Instagram dan Keek khususnya berkaitan dengan aktiviti penggambaran filem supaya dapat berkongsi dengan umum serta peminat bagaimana proses sesebuah drama atau filem dibuat,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta Galaxy S4 bersama Awal di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Katanya, apabila Samsung mengeluarkan model terbabit, dia teruja untuk mendapatkannya, selain saiznya yang memang sesuai dengannya.


“Aplikasi yang terdapat di dalam telefon ini juga sangat hebat dan luar 
biasa. ‘Air View’ misalnya membolehkan pengguna melihat pratonton kandungan e-mel, S Planner, galeri imej atau video tanpa perlu membukanya. 

“Air Gesture membolehkan pengguna menukar trek muzik, menatal ke atas dan bawah laman web atau menerima panggilan dengan mengguna isyarat tangan. Misalnya sedang sibuk di dapur dan tangan anda kotor, anda boleh menjawab panggilan dengan gelombang tangan saja dan ia terus menukar mode ‘loud speaker’,” katanya.

Bagi Awal pula, dia tertarik dengan aplikasi ‘translate’ yang memudahkannya untuk berinteraksi dengan warga asing lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke luar negara.

“Ia akan memudahkan saya untuk berinteraksi dengan penduduk di negara yang saya kunjungi. Tambahan pula aplikasi ini turut mengajar kita untuk menyebut sesuatu perkataan dengan bunyi yang betul. Ia dapat membantu kita terutamanya ketika berada di negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai pertuturan mereka,” katanya.


No comments:

Post a Comment