Tuesday 18 June 2013

SABHI SADHi SUDAH BERKAHWIN



Kecoh dikatakan penyanyi lagu 'Nadi', Sabhi Sadhi sudah pun berkahwin dengan pilihan hatinya Rosi Aswani Abdul Razak , 27 yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Lebih mengejutkan, dia dilaporkan telah berkahwin pada tahun lepas secara senyap dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sofea Reesya yang kini berusia empat bulan.

Ada juga desas desus yang mengatakan Sabhi berkahwin tanpa pengetahuan orang ramai kerana keluarga yang tidak merestui hubungan mereka namun peserta Masterchef Selebriti Malaysia ini mengakui bahawa dia telah berkahwin pada Julai tahun lepas dan menganggap ini semua adalah jodoh.

Jelas Sabhi, dia bimbang untuk memberitahu perkahwinannya kepada umum kerana takut akan pandangan peminat yang mungkin suka dan tidak suka mendengar berita mengenai perkahwinannya. Baginya, hal ini terlalu peribadi dan tidak perlu diheboh-hebohkan.

No comments:

Post a Comment