Wednesday 26 June 2013

MUZIK MUSE DALAM WORLD WAR Z


Filem terbaru lakonan Brad Pitt "World War Z" menampilkan pemenang Anugerah Grammy, Muse dalam filem tersebut apabila lagu-lagu yang terdapat dalam filem "World War Z" diambil dari album terbaru Muse berjudul "The 2nd Law".

Vokalisnya, Matthew Bellamy berkata, dia mendapat inspirasi menghasilkan album terbaru selepas membaca novel "World War Z" yang ditulis oleh Max Brooks.

"Ketika kami sedang dalam proses merakam album terbaru, saya asyik membaca novel "World War Z", dan ia telah memberi saya ideal. Saya tidak tahu tentang apa-apa mengenai filem tersebut pada masa itu.

"Saya hanya membacanya kerana seorang rakan saya berkata ia sebuah buku yang hebat," katanya kepada MTV.

"Dalam album terbaru kami terdapat banyak lagu yang bertemakan tentang malapetaka, pengakhiran dunia, bagaimana untuk hidup dalam keadaan malapetaka tersebut. Lagu-lagu tersebut diinspirasikan dari buku tersebut."

Sementara itu, Brad Pitt berkata, setelah hampir dua tahun mereka mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu tema dalam filem "World War Z", akhirnya mereka jumpa iaitu album Muse "The 2nd Law".

"Dua tahun lalu, kami mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu tema filem ini. Kebetulan mereka (Muse) menghasilkan album terbaru mereka yang mana banyak lagu yang diinspirasikan dari novel "World War Z". Jadi kami terus menghubungi mereka dan mereka bersetuju. Kami sangat teruja dan gembira," katanya.

Filem "World War Z" sudah pun ditayangkan di Malaysia pada 20 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment