Friday 21 June 2013

JUNHO,HAN HYO JOO & JUNG WOO SUNG DALAM RUNNING MAN

O

Berita baik untuk peminat pelakon Jung Woo Sung, Han Hyo Joo dan anggota 2PM, Junho! Ketiga-tiga selebriti itu muncul dalam program Running Man akan datang sebagai peserta jemputan.

Foto belakang tabir mereka berlari ketika penggambaran Running Man mula dimuat naik ke beberapa laman blog.


Menurut sumber SBS, Jung Woo Sung, Han Hyo Joo dan Junho menjalani penggambaran program hiburan berkenaan pada 10 dan 11 Jun lalu.

Junho dalam laman Twitter memuat naik foto berserta status tertulis ‘Running, running, running..’, menunjukkan dia menjalani penggambaran program itu.


Dalam foto itu, Junho memakai kemeja T sama dengan yang dipakai Kim Jong Kook ketika menyertai program popular itu dulu. Pun begitu, tarikh siaran episod yang menampilkan mereka bertiga belum diumumkan.


Dalam pada itu, Jung Woo Sung, Han Hyo Joo dan Junho dilaporkan muncul dengan filem pertama yang menggandingkan mereka bertiga berjudul Surveillance yang dijangka ditayang di pawagam Seoul mulai 4 Julai depan.




No comments:

Post a Comment