Sunday 23 June 2013

"KAMI DALAM PROSES MENGENALI HATI BUDI" -YUNA


Penyanyi yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna mengakui dalam proses mengenal hati budi Julian Schratter yang merupakan jurugambar rasminya di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun Yuna enggan mengulas lanjut tentang kisah percintaannya kerana sudah belajar daripada kesilapan lalu.

"Ya,kami sedang berkawan. Masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing," ujarnya ketika ditemubual menerusi Skype dalam satu sidang media konsertnya di Istana Budaya pagi tadi.

Dalam pada itu, Yuna turut menampilkan Julian atau mesra dengan panggilan Jules dalam muzik video terbarunya, "I Wanna Go" yang merupakan lagu single pertamanya bawah naungan The Verve Music Group.

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal beraksi di Istana Budaya buat julung kalinya dengan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September akan datang.


No comments:

Post a Comment