Thursday 20 June 2013

SHAHZ JASZLE SAH PUTUS TUNANG


Kuala Lumpur: “Keluarga kami sudah pulangkan cincin tunang pada 10 Jun lalu dan ini bermakna pertunangan mereka sudah putus sejak tarikh itu.

“Bagaimanapun kenyataan ibu Shahz, Zaleha dalam portal hiburan semalam mengatakan mereka masih bersama sangat mengejutkan kami,” kata Redzwan Najib Ismail mengenai status hubungan adiknya, Redzwani Putri dengan pelakon sensasi, Shahz Jaszle.


Pengesahan abang sulung Putri ini sekali gus menolak kekeliruan yang berlaku semalam apabila terdapat dua laporan bercanggah yang mana kenyataan sebuah akhbar menyebut mereka sudah pun putus tunang dan portal hiburan melaporkan kenyataan Zaleha yang yakin anaknya masih bersama Putri. Bagaimanapun dalam satu pertemuan antara Shahz, Zaleha, Putri dan keluarga juga pasangan khalwat, Farah Nurizzati Salleh di sebuah restoran di Bangsar kelmarin juga sudah menegaskan mengenai status pertunangan mereka.

Justeru tambah Najib ketika dihubungi semalam, kenyataan Zaleha dalam portal hiburan itu di luar jangkaan dan mengelirukan banyak pihak. “Tidak dinafikan keluarga Shahz merayu untuk tidak memutuskan pertunangan ketika keluarga saya datang memulangkan cincin pada 10 Jun lalu. Tapi akhirnya ibunya sendiri yang akur dan pasrah akan keputusan itu kerana kami sudah tidak boleh menerima Shahz lagi. “Malah pada pertemuan pada petang Rabu itu juga, Shahz sekali lagi merayu untuk status pertunangan itu dirahsiakan daripada pengetahuan pihak media, namun saya bertegas untuk mengumumkannya. “Kenyataan Zaleha kononnya mereka masih bersama memang mengelirukan. Mungkin kerana laporan dalam akhbar itu tidak mendedahkan sumber, jadi ibunya masih menganggap ia sekadar spekulasi bagi untuk menutup aib keluarga mereka. “Saya tidak mahu lagi Putri dijadikan mangsa dan terpaksa menanggung semua masalah ini sedangkan dia langsung tidak terbabit. Shahz juga tidak henti mengatakan yang adik saya masih tunangnya sedangkan kami sudah pun memutuskannya. “Putri masih belajar dan dia perlu tumpukan perhatian masa depan, bukannya terperangkap dalam masalah seperti ini,” tegasnya. Difahamkan, ibu bapa Putri memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu. Bagaimanapun Zaleha ketika dihubungi semalam bagi mengulas tindakannya mengeluarkan kenyataan sebegitu dalam portal hiburan terbabit, dia hanya pasrah dan menyifatkan ia satu salah faham.


No comments:

Post a Comment