Sunday 16 June 2013

Bruno mars inspirasi Hafiz

 Penyanyi yang bergelar Juara Akademi Fantasia musim ketujuh kembali mengegarkan industri hiburan dengan terhasilnya album kedua yang dipasarkan di Malaysia manakala yang ketiga untuk di Asia Tenggara (Indonesia) berjudul "Luahan Hati Anak Seni".

Hafiz yang ditemui ternyata berbesar hati dan teruja dengan penghasilan album yang mengambil inspirasi Mini – Magazine sebagai tarikan dan simbolik keunikan muka Hafiz di muka hadapan terdapat di dalam album yang mempunyai 9 buah lagu kesemuanya.

Dua daripada lagu tersebut ditulis sendiri oleh Hafiz Suip dengan dibantu oleh Kunci Demak yang mengemaskan dan mencantikkan lirik dua buah lagu berjudul "Mungkinkah" dan "Deklamasiku" di mana kedua-dua buah lagu tersebut diambil dari pengalaman pahit Hafiz sendiri dalam percintaan.

Berkongsi pengalaman menarik di Indonesia ketika merakamkan lagu , Hafiz yang ketika itu mengalami masalah suara hilang pulih dengan cara tradisional yang diamalkan artis di sana dengan menggunakan campuran kicap dan juga limau.

"Ketika sampai di sana, badan saya dah rasa tak sedap kerana cuaca di sana sangat panas berbanding di Malaysia. Pulak tu suara saya hilang, nasib baik ada kenalan di sana yang menyarankan agar saya menggunakan cara mereka untuk artis yang turut mengalami masalah yang sama dengan menggunakan kicap atau kat sana dipanggil kicap bangau dengan limau. Kicap itu bukan kicap biasa di sini, ianya lebih pekat.

"Alhamdullilah, selepas sahaja mengambi campuran tersebut tekak saya semakin pulih."

Melihat dari segi luaran dan imej anak kelahiran Kucing, Sarawak ini ternyata jauh berbeza dan semakin versatile, imej seakan-akan Bruno Mars Hafiz tertawa apabila disamakan dengan penyanyi yang popular dengan lagu "When I Was Your Man" itu.

"Kala ikutkan banyak je sumber inspirasi saya, kiranya Bruno Mars ini merupakan salah seorang ikon fesyen dalam nyanyian bagi saya," ujarnya yang ditemui di Majlis pelancaran Album "Luahan Hati Anak Seni" di Wisma Bently, baru-baru ini.



No comments:

Post a Comment