Monday 17 June 2013

AWAL rancang bawa SCHA dan keluarga pergi menunaikan umrah


Awal Ashaari Berhasrat Bawa Keluarga Dan Scha Menunaikan Umrah – Pengacara popular tanah air, Awal Ashaari meluahkan hasratnya untuk membawa isteri tercinta, Scha Al-Yahya dan ahli keluarga ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah pada suatu hari nanti.

Menurut Awal, hasratnya itu akan ditunaikan tetapi bukan dalam masa terdekat kerana terikat dengan komitmen kerjayanya yang semakin padat sejak akhir-akhir ini.

“Saya pasti akan mencari masa untuk menunaikan hasrat saya itu bagi mengerjakan umrah bersama keluarga saya dan Scha kerana itu niat saya,” katanya.

Sementara itu, awal turut memberitahu sepatutnya semasa ulang tahun kelahiran isteri tercintanya itu, mereka berhasrat menyambutnya di Barcelona, Sepanyol namun impian itu tidak kesampaian kerana kesibukan kerja mereka berdua.


No comments:

Post a Comment